Khazali Ahmad

YBhg. Dato' Sri Khazali bin Haji Ahmad adalah Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (22 Jun 2012) bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf. Sebelum dilantik ke jawatan ini, beliau merupakan Setiausaha Persekutuan Sabah .Pelantikan beliau diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berdasarkan kelayakan, pengalaman, dan prestasi cemerlang beliau dalam bidang ekonomi, pengurusan cukai dan kewangan di sepanjang karier perkhidmatan beliau.